Thursday 11 February 2016

Sumbangan Tamadun Turki Uthmaniyah kepada Dunia Islam

Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Othman iaitu putera kepada Ertorghrul. Kemunculan kerajaan ini adalah setelah berlakunya kejatuhan kerajaan Seljuk yang berlaku pada sekitar pertengahan kurun ke-13. Kerajaan Uthmaniyyah berperanan menyatukan Anatolia dan negara-negara di rantau Balkan di bawah satu pemerintahan yang menjadikannya sebuah empayar Islam.
Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad ke-13 .

Pemerintahan ini dibahagikan kepada beberapa fasa :
     1. Peringkat awal penubuhan (1299-1453)
     2. Perkembangan dan pengukuhan ( 1453-1682)
     3. Perkembangan mendatar,kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683-1827)
     4.Kemerosotan dan kejatuhan ( 1828 - 1908)
     5.Pembubaran pemerintahan ( 1908 - 1924 )

Kehebatan kerajaan Turki 'Uthmaniyyah dinyatakan oleh ahli sejarah bermula dengan kejayaan penaklukan kota Constatinople ( tahun 1453 ) sehinggalah zaman pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qunani yang meninggal dunia pada tahun 1566. Sepanjang zaman kegemilangan itu , Turki dipimpin oleh sultan sultan yang baik iaitu :

      1. Sultan Muhammad II al - Fateh (1451- 1481)
      2. Sultan Beyazid II ( 1481 - 1512 )
      3.Sultan Salim I (1512- 1520)
      4.Sultan Sulaiman I al-Qanuni ( 1520 -1566 )


PETA EMPAYAR TURKI UTHMANIYYAH PADA AKHIR ABAD KE 17

















FAKTOR KECEMERLANGAN FAKTOR UTHMANIYYAH
Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan salah satu kerajaan Islam yang telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan ia merupakan sebuah kerajaan yang menyatukan umat Islam global. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah banyak menyumbang kepada dunia Islam dalam pelbagai aspek. Antaranya : 


Aspek Perundangan 

Suleiman I telah memperkenalkan Kanun Suleiman untuk mempertahankan dan membela nyawa, harta, serta kehormatan individu pelbagai bangsa dan agama.Selain itu, jawatan Kadi dan Mufti dijadikan sebahagian daripada organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan Sheikh-ul-Islam (ketua ulama’) telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa dan fatwa-fatwa tersebut telah menjadi aspek penting dalam perundangan Islam masa kini. 


Aspek Ekonomi

Kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang besar berpusat di Istanbul. Hal ini demikian kerana, kedudukan Istanbul yang strategik menjadikan bandar itu sebuah bandar perdagangan antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam. Jalinan perdagangan Kerajaan Turki Uthmaniyah meliputi pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi, dan Laut Mediterranean.

Aspek Sosial 

Kerajaan Turki Uthmaniyah telah 
memperkenalkan pembaharuan di kawasan Balkan di Eropah. Sebelum kedatangan Islam, sistem bangsawan yang berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat telah diamalkan. Di eropah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu dan kesannya, pembahagian masyarakat Eropah bergantung kepada hasil usaha individu. Fenomena ini telah mewujudkan mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat Eropah.


Aspek Pendidikan

Turki Uthmaniyah banyak memberi 
sumbangan kepada Dunia Islam. Antaranya ialah perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan. Sistem pendidikan seperti madrasah, sekolah pengetahuan akedemik, sekolah tentera, maktab teknik, dan kolej perubatan diwujudkan. Selain itu, sumbangan lain adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia. Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, dan rumah. 

Seni Bina

Kerajaan Turki Uthmaniyah juga banyak menyumbangkan kemajuan dalam bidang seni bina Islam terutamanya dalam seni bina masjid. Antara tokoh seni bina yang terkenal adalah Mimar Sinan.Beliau sememangnya terkenal dengan hasil beliau yang paling terkenal iaitu Masjid Biru ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed yang terletak di Istanbul.



MASJID SULTAN AHMED DI ISTANBUL




PETA EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH KESELURUHANNYA






FAKTOR KEJATUHAN TURKI UTHMANIYAH